^sila klik^

Sunday, December 12, 2010

Siakap Welcome Home

Masih lagi dalam mood sedih sbb meninggalkan sabah dan ditinggalkan. Tapi hidup mesti terus. Hari kedua di Kedah terus aku mulakan operasi siakap dengan adik aku, Baie. Yang bestnya member baik aku, Apit dan mak ayah aku pun follow gak. Memang trip beriadah bersama keluarga la nih. .

Rasmi bot baru siap. Balut fiber ngan tukar enjin baru. Dalam perancangan untuk tulis nama bot ni. Masih mencari ilham…


Proses memilih umpan yang cergas dan cerdas. Beli je.. tak sempat nk cari sendri. Hampeh tul, udang hidup mahal skrg nih…Nak pakai gewang x reti.hahaha...

On the way, Apit ngan Daddy merempit enjin baru. Boleh tahan jugak, melompat2 bot nih. My mum wif her lifejacket. Keselamatan diutamakan.

Buruan utama setiap kali turun mincing di sni adalah Sang Siakap Reba. Penggunaan udang hidup merupakan satu kemestian selain menggunakan gewang. Perambut berukuran 1 meter perlu di tambah dengan pelampung yang mempunyai pemberat supaya dapat dilontar ke kwsan yang jauh. Untung pelampung timbul, untung ladung tengelam… kalau ada rezeki, selalunya sekejap je sang siakap dah baham.

Siakap WelcomeHome

..................................................................................................................

-Latest Catch-

Kerapu masak stim

Siakap masak stim


-Siakap Hunters-

-SELAMAT TINGGAL PUJAAN-


5 tahun 6 bulan…. Mungkin dirasakan terlalu lama bagi kebanyakan orang. Namun pada aku tempoh masa itu terlalu singkat. Pejam celik dah smpai ke penghujung pengajian aku di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau yang juga membawa maksud tamatlah sudah sesi pancingan di Bagang dalam diari hidup aku… (Setakat ini)

.

.

.

Sedih Bro…

Banyak kenangan kat Sabah ni

Banyak jugak padang pancing yang belum sempat aku terokai

Paling aku frust sbb tak sempat rasa perlawanan Black Bass @ Tembaring

InsyaAllah suatu hari nanti…

Terlalu banyak pengalaman yang dah aku cilok dari sifu-sifu memancing sepanjang aku berada di Sabah ni. Dari belajar cara main handline bawah kolong, sampailah dah pandai popping. Lesen2 trophy aku pun dh banyak yang aku renew kat sni. Ok la tu. Hehe.. Tenkiu banyak2 kepada yg terlibat.


Team kami- Semoga GT brothers trus sukses!

Bapak si Erna yang sangat baik hati. Terima kasih daun keladi.


Sebelum balik sempat lagi p beraya kat rumah Tuan Bagang. Sempat kami abadikan beberapa gambar sebagai kenangan



Yang paling aku terharu sebab member2 sanggup trun hantar aku dan zulu ke airport walaupun dalam hujan lebat. Tenkiu byk2 bro.

kredit to bro afiq n bro sham…toche2!

TAMBAHAN: Entry ini juga ditujukan khas buat kekasih hati yang terbang ke Sarawak disebabkan urusan kerja sehari selepas kepulangan aku Selamat Tinggal Pujaan…


--- Sampai Berjumpa Lagi---

Carry Rod and Be Happy
Related Posts with Thumbnails