^sila klik^

Sunday, April 24, 2011

~Kembali Di-Sini~


Salam di ucapkan kepada semua pembaca... Dah lama aku tak buat post baru kat sni. bukan sebab tidak turun mancing, tapi sebab agak sibuk dengan aktiviti harian. Dah bersawang blog nih! tapi its ok... akan aku serikan semula dengan nukilan2 terbaru.hahaha..
Maaf dipinta juga kepada kawan2 blogger yang slalu mintak aku update kat sni. Sory... Masa membataskan...

Terlampau banyak yang terjadi, macam aku nak tulis je semua kat sini: cerita pasal tempat baru, konvo, trip penang bridge, trip kunak, trip membujak, cari pelanduk, trip bagang... mungkin jika ada lagi kesempatan masa akan aku tunaikan... insyaAllah...


Pelanduk@kancil

Semuanya bermula dengan panggilan kerja ke tempat baru... SEMPORNA, SABAH... Syukur kerana ada lagi rezeki aku kat negeri di bawah bayu ni. Dalam kesibukan melunaskan hobi dalam dunia hanyir ini, sebaik mungkin akan aku tunaikan tanggungjawap terhadap anak bangsa.
SK Pulau Sumandi- Bakti sepenuh hati akan aku curahkan

SK Pulau Sumandi, Semporna

Sebagai "newbie" kat sini, tak banyak lubuk2 menarik yang aku tau. Asal nampak tempat yg ok je, mesti aku try. tepi2 jalan pun aku test jugak. bagi aku, rezeki ada di mana2...

Mangrove Jack Semporna

Banyak pengalaman baru aku dapat. Kawan2 sekerja pun ramai yang sama minat...

Cikgu Bakar dengan hasil Trolling




Cikgu Faiez dengan hasil di Bagang. Boleh tahan jugak mamat nih, baru first time turun bagang dah menggasak. Keep it up bro!

`Sekian dulu buat kali ini. Lebih banyak nukilan bakal diserikan dalam blog ni pada masa2 yang akan datang. http://pencintapancing.blogspot.com :Tempat aku mencurahkan kecintaan terhadap dunia memancing`


-KaLau SuDaH JoDoH TiDaK KeMaNa-
-BoRN 2 FiSH-


5 comments:

  1. sedap daging pelanduk tuh.... di casting ke? hihihi...

    ReplyDelete
  2. ya... pakai rapala tail dancer.hehehe.. mna da, pakai bekakok tu.huhuhu

    ReplyDelete
  3. Salam...memang lama betul xupdate. xsabar nak baca dan tengok gambar2 memancing dan hasil pancing. Daging pelanduk tu ada lg? Bak sini sket

    ReplyDelete
  4. Er cgU bakar pLk la.. mU idOla sir

    ReplyDelete
  5. Titanium Arrows - A New Titston Spinning Iron Blade - TITanium
    This new titanium razor is the burnt titanium first piece of our new titanium blades that will titanium 170 welder add a unique blade spin to your favorite movie. Rating: titanium dog teeth 4 · titanium security ‎3 reviews · titanium post earrings ‎$43.97 · ‎In stock

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails