^sila klik^

Thursday, September 2, 2010

:::.. Pesta Merah & Arut ..:::


Salam ukhwah dari Pencinta Pancing...
Syukur kerana dalam kesibukan mengerjakan ibadah puasa di bulan yang mulia ini, masih lagi terselit sedikit kesempatan untuk beraksi di bagang bersama rakan-rakan seperjuangan. Trip pada kali ini sebenarnya adalah untuk menguji potensi bagang si Asri yang baru mula mengendalikan bagangnya.



Ketibaan kami di bagang si Asri disambut dengan keindahan matahari terbenam yang pastinya menggamit perasaan gembira dikalangan ahli trip pada kali ni. Kenapa??? Dah tiba waktu untuk berbuka puasa bagi zon Balung dan kawasan yang sewaktu dengannya.. Makan dulu bai, baru bagi ikan makan.




Banyak giler umpan!!

Pengalaman pertama Asri mengerjakan hasil pukat dibagangnya.

Dengan berbekalkan umpan segar dan sedikit jampi2 serta beberapa petua memancing, kami tak menang tangan melayan kerakusan ikan yang tak henti2 menjamah umpan kami. Letak makan, letak makan... Pergh.. memang mantap la sambutan ikan di bagang Asri ni! Bagaikan pesta kami bertanding menaikkan ikan silih berganti. Ikan merah dan arut mendominasi hasil tangkapan

































Dalam kesibukkan menggambar hasil tangkapan rakan, tiba2 rod Rapala Sportman's Classic yang aku padankan dengan kekili Banax Iris 5000 menerima lenturan padu dan drag berbunyi nyaring. Hampir saja set kegemaranku itu terjun menjadi khazanah lautan akibat terlepas daripada tempat pemegang rod (rod holder). Dengan pantas aku berlari menyelamatkan joran dan sedikit pertarungan tarik tali berlaku. Hasilnya.... Seekor ikan kaci/lepeh bersaiz boleh tahan menjadi mangsa


Fuhhh.. selamat rod dan reel aku daripada terkubur. Tapi... kegembiraan itu tidak berkekalan. sejurus daripada itu, rod rapala sportman classic kesayanganku itu telah prak.... PATAH!!! semuanya berpunca daripada kesilapan teknikal aku sendiri.

Tinggal kenangan. Mangsa terakhir dan Rapala Sportman's Classic action medium heavy.
Redha sajalah... T_T


Sham dan Zulu bergambar bersama hasil keseluruhan. Alhamdulillah...




Sempat jugak aku kerjakan sikit daripada keseluruhan hasil tangkapan tu. Ala... 10 ekor je aku bikin ikan masin. Dapat juga keluarga di Kedah merasa ikan bagang nanti.




Setelah 2 hari dijemur. Ikan merah, Arut dan Kaci sedia dibawa pulang ke kampung...
Berat???
2.6 kg





-Rod Patah??? No Regret!!!-


4 comments:

  1. alalalal...cian nyer rod abg patah, nanti ada rezeki,kita beli yg lain k..dah2..jgn sedih2 lagi..=)

    ReplyDelete
  2. perghhh...banyak giler ikan! panggang best ni~

    ReplyDelete
  3. trip dari kunak akan ke sana acai, ming dan arman akan mencuba mancing atas bagang tetap

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails