^sila klik^

Monday, September 19, 2011

UPSR- Peluang Dalam Debaran


UPSR~Setiap jiwa pendidik pasti turut sama merasai debaran apabila menjelang hari ITU. Tidak boleh tidak aku pun turut terkena tempias debaran tersebut. Bukan saja risaukan murid dapat jawap @ tidak, tapi turut risaukan tahap kesihatan murid, kesukaran soalan, prestasi sekolah, faktor cuaca, iklim dalam dewan peperiksaan dan 1oo1 persoalan lain yang menganggu ketenteraman pak guru dan mak guru di sekolah aku nih. Tapi kerisauan @ debaran tersebut ternyata tidak akan dapat membantu calon-calon UPSR di Sekolah Kebangsaan Pulau Sumandi ini, bukannya kita boleh tolong jawapkan pun. Yang dapat diberikan hanyalah doa dan tawakal terhadap Ilahi. Semoga semuanya akan dipermudahkan oleh-Nya. Amin.

Dari awal lagi rupa-rupanya Kelab Guru skolah aku ni dah merencanakan aktiviti2 yang sangat berfaedah bagi meredakan kerisauan dan debaran para guru sepanjang 3hari ujian prestasi ini berlangsung. Antara yang paling menarik perhatian aku selaku pemancing tegar adalah acara marathon memancing. Marathon memancing??? mmg betul aku eja tu... reader2 semua tak salah tengok.hahaha... Bagaikan orang mengantuk disorongkan joran, aku terus bersemangat kembali. Yelah, daripada neves tak tentu pasal bagus lagi kami turun ke laut mencari rezeki. Ewah2... Apa yang lebih menariknya adalah sesi bakar membakar dan makan memakan hasil tangkapan yang fresh2. Nikmat beb! Eh, Dah macam karangan BM kertas dua pulak aku buat karangan nih. Baik layan gambar jelah. Zinnngggg!






Semua ahli berjaya menaikkan kerisi dengan perasaan yang riang dan gembira. Walaupun ada jugak yang menghadapi kesukaran pada minit2 awal pertandingan.














Sempat kami buat meeting atas bot. Dan keputusan menyuarat secara rasminya telah mengekalkan pengerusi sekarang sebagai Pengerusi Kelab Guru SKPS bagi sesi 2012 diatas kecemerlangan beliau menganjurkan aktiviti ini. Tahniah buat Cikgu Almmi.














Yang tak bestnya, bukan semua ahli kelab ni ada Sarjana @ PHD dalam bidang hanyir ni. Secara automatisnya akulah yang terpaksa merelakan diri untuk mengikat perambut. Takpe... yang penting misi tercapai! Lagipun silaturahim yang terbina sepanjang melakukan aktiviti bersama-sama memang tidak dapat dijual beli.


Terubat rasa hati apabila ada rakan yang turut membawa kuih raya sebagai kudapan sepanjang aktiviti berlangsung. Semperna Syawal yang masih tersisa, PENCINTA PANCING ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf terhadap semua pembaca blog ini sekiranya terdapat khilaf dalam penulisan dan perbuatan. 0-0 aaa!

Kembali kepada agenda asal, setelah 2-3 jam mencari rezeki dilaut, kami pulang membawa hasil tangkapan yang tidak seberapa ini;

~Syukur Alhamdulillah~

Tanpa membuang masa, kaum2 ibu terus mengambil alih kuasa dan menjalankan operasi pembersihan hasil tangkapan yang seterusnya di'bakar'kan, di'goreng'kan, di'sup'kan dan di'makan'kan secara berjamaah.hahaha




Syukran!!! Dapat relese tension, dapat makan2, dapat Mancing2, dapat Snokel2!!! 13-15hb September 2011 penuh kegembiraan. Diharap semua calon UPSR seluruh negara turut sama dapat merasai kegembiraan apabila keputusan keluar kelak terutamanya murid-murid aku dan adik kesayangan aku, Muhammad Izzuddin Bin Omar. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu semua.



"Selamat Hari Lebaran"

"Salam Ribuan Kemaafan"


7 comments:

  1. seronok layan bottom. ikan kecik2 pun tetap hepi!

    ReplyDelete
  2. peh, kemain byk bwk blk kerisi bro.. seronok layan tu..

    ReplyDelete
  3. tq bro amir, best dpt beriadah dgn kwn2 nih..

    ReplyDelete
  4. enaknya kerisi bakar fresh... lama dah x berpeluang menikmatinya...

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan... Sotong datang berkunjung ke sini..

    ReplyDelete
  6. Salam kenal!
    Apa kalian mau bagikan video2, foto2 dan info tentang memancing ikan dengan gampang? Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan pecinta pancing lain.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)
    Jika ada pertanyaan tolong hubungi saya di: dewi.aja@kumpulbagi.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails