^sila klik^

Friday, September 24, 2010

:::RIANG RIA SYAWAL:::




Sudah lama membeli kail, Anak cina menjual batu,
Sudah lama tidak mengail, Ikan di laut terasa rindu...

1 minggu menyambut Aidilfitri di kampung halaman adalah satu tempoh masa yang agak singkat. Masih lagi terngiang2 dentuman mercun hari raya, namun terpaksa berangkat pulang bagi memenuhi tuntutan tugas di perantauan.

Sedikit tayangan semula hasil memancing Haruan (hari raya ke 4 & 6 )












Si Curut Mengutip Duit Raya...

Hampeh sunggoh kali ni, KATAK MONSTER pun sudi.. RARE NIH!


Ole-Ole raya untuk dibawa pulang ke Sabah. (Tq sweetheart)

Kesedihan menamatkan cuti Aidilfitri agak terhakis apabila memikirkan kesudian penghuni perairan Tawau yang biasanya begitu mesra menyambut kunjungan daripada pemancing. Kekecewaan daripada layanan haruan curut di tempat sendiri pasti terubat!


Mengetuk Rumah Tebuka Cik Kerapu (1st trip)

Ahli-ahli trip ( Dari kiri- Afiq, Rory, zulu, Sham dan Zaidy)

First catch dari Bro Zulu- Sinyum Sampai Telinga Noh...

Second catch dari Bro Afiq- Caster tegar nih. Tahniah.. Lesen tu!

Third and Fourth catch from me- Baby2 je... Layanz!
Last catch dari Bro Sham- Winner of the day!

1st Result

Mengetuk Rumah Tebuka Cik Kerapu (2nd trip)






Tuah pemancing nampak d jari-> Bro Zulu dengan hasil tangkapan pertama. Congrats!

















Hari ke-2 mancing di sini dah ada peminat? Nurul dengan tangkapan kedua dari aku















Tengah Best2 layan kueh raya, tiba2 tuan rumah (kerapu) menyorok kat belakang tiang pulak. Adusss.... Terpaksa aku terjun tiruk untuk menyelamatkan tuan rumah tersebut.










Double hook-up! Berbaloi-baloi terjun untuk selamatkan ikan nih!








Monster of the day dari aku.. TERBAIK!!!


2nd Result

Mengetuk Rumah Tebuka Cik Kerapu (3rd trip)

3rdResult - Satu-satunya monster pada hari ketiga


-FISHING IS FUN-


Thursday, September 2, 2010

:::.. Pesta Merah & Arut ..:::


Salam ukhwah dari Pencinta Pancing...
Syukur kerana dalam kesibukan mengerjakan ibadah puasa di bulan yang mulia ini, masih lagi terselit sedikit kesempatan untuk beraksi di bagang bersama rakan-rakan seperjuangan. Trip pada kali ini sebenarnya adalah untuk menguji potensi bagang si Asri yang baru mula mengendalikan bagangnya.



Ketibaan kami di bagang si Asri disambut dengan keindahan matahari terbenam yang pastinya menggamit perasaan gembira dikalangan ahli trip pada kali ni. Kenapa??? Dah tiba waktu untuk berbuka puasa bagi zon Balung dan kawasan yang sewaktu dengannya.. Makan dulu bai, baru bagi ikan makan.




Banyak giler umpan!!

Pengalaman pertama Asri mengerjakan hasil pukat dibagangnya.

Dengan berbekalkan umpan segar dan sedikit jampi2 serta beberapa petua memancing, kami tak menang tangan melayan kerakusan ikan yang tak henti2 menjamah umpan kami. Letak makan, letak makan... Pergh.. memang mantap la sambutan ikan di bagang Asri ni! Bagaikan pesta kami bertanding menaikkan ikan silih berganti. Ikan merah dan arut mendominasi hasil tangkapan

































Dalam kesibukkan menggambar hasil tangkapan rakan, tiba2 rod Rapala Sportman's Classic yang aku padankan dengan kekili Banax Iris 5000 menerima lenturan padu dan drag berbunyi nyaring. Hampir saja set kegemaranku itu terjun menjadi khazanah lautan akibat terlepas daripada tempat pemegang rod (rod holder). Dengan pantas aku berlari menyelamatkan joran dan sedikit pertarungan tarik tali berlaku. Hasilnya.... Seekor ikan kaci/lepeh bersaiz boleh tahan menjadi mangsa


Fuhhh.. selamat rod dan reel aku daripada terkubur. Tapi... kegembiraan itu tidak berkekalan. sejurus daripada itu, rod rapala sportman classic kesayanganku itu telah prak.... PATAH!!! semuanya berpunca daripada kesilapan teknikal aku sendiri.

Tinggal kenangan. Mangsa terakhir dan Rapala Sportman's Classic action medium heavy.
Redha sajalah... T_T


Sham dan Zulu bergambar bersama hasil keseluruhan. Alhamdulillah...




Sempat jugak aku kerjakan sikit daripada keseluruhan hasil tangkapan tu. Ala... 10 ekor je aku bikin ikan masin. Dapat juga keluarga di Kedah merasa ikan bagang nanti.




Setelah 2 hari dijemur. Ikan merah, Arut dan Kaci sedia dibawa pulang ke kampung...
Berat???
2.6 kg





-Rod Patah??? No Regret!!!-


Related Posts with Thumbnails