^sila klik^

Saturday, October 23, 2010

::: Kerapu Dragon 20.10.2010 :::

Tanggal 20.10.2010 menjelma... Susah hati aku dibuatnya... Tarikh yang sama aku perlu mengikuti Kursus Pergigian di IPG Kampus Tawau, anjuran bersama IPG dan Kementerian Kesihatan. "Melepas la peluang untuk aku mengabdikan kenangan bersama thophy lautan di tarikh yang cukup unik ini" bentak hatiku... Dah la tarikh 10.10.2010 yang lepas aku kumpau abis. kali ni aku mesti cari ruang jugak untuk trun mancing. x kira!! Syukur dengan kehendak ilahi, kursus pergigian tu tamat lebih awal (Awal x awal la sgt, petang la jgk bru aku dapat turun). kira-kira jam 6, aku dan syam selamat sampai ke port kerapu di Kg Indrasabah. Tanpa membuang masa, pencarian memburu trofi 20.10.2010 bermula..


Nahhhh!!! First blood coming...

First Catch! Kerapu 20.10.2010

Yehyeh2... macam anak2 kecik aku bersorak girang dengan tangkapan yang pertama ni. Ada la dalam setengah jam aku senyum terus je. hahaha... tapi senyuman tu xlama, sebab kami membangau je 1 jam selepas 1st catch tu. hampeh...

tiba-tiba... aku dapat strike yg agak kuat. tapi lucut... hampeh lagi....

Pastu dapat lagi strike yg mcm tadi, kali ni mesti naik. Cikgu aku dulu pernah pesan, jangan sampai pisang berbuah 2 kali. Oleh kerana aku ni seorang yg mengikut cakap cikgu, aku cuba kontrol mainan ikan ni betul2. supaya x lucut lagi. Akhirnya....

Second catch of the day!!!

Kali ni aku dah xdapat nak senyum lama2. Sebabnya lepas aku labuhkan umpan semula, terus dapat strike lagi. Lagi kasar!!! Kontrol beb, kontrol... Dengan penuh macho aku layan permainan bakal mangsa aku yg ketiga ni. Degil... Aku karau tali, dia tarik balik. Mau x mau, aku terpaksa kunci habis drag sebab port kerapu aku nih byk giler tiang kat bawah, boleh berputih mata aku nnt... Tawakal sajalah... Bak kata orang tua2, kalau sudah jodoh tak kemana..


3rd catch-Kerapu Dragon 20102010!!!


Trophy kali ni sy tujukan kepada my parent, kekasih hati, kawan2 dan juga semua peminat yang tidak jemu menyokong kegilaan aku ni.hahaha!!! Mcm menang award lak aku rasa, tapi mmg mcm tu la aku rasa bro. Puas! Hepi! Climax!!! Syukur... mmg ada rezeki aku di hari bersejarah ni.



















Jam baru menunjukkan 8.30 mlm. La... baru 2 jam lebih kami mancing. Cukup la.. Ayah aku pernah pesan, "jangan tamak2 anchik", dan kata2 tu aku pegang sampai hari ni. InsyaAllah akan aku amalkan sampai bila2. Dari port mancing tu, kami terus bergerak ke rumah sewa aku dlu. Kenduri kerapu dengan kwn2 di Kg Kongsi 10. Kerapu masak sup + kerapu 3 rasa. Bro Sham, Sam, Bali, Lel, Bonto, Lepek, Wawang dll, U all mmg sempoi!!! Hingga berjumpa lagi...


-20.10.2010-
-Carry Rod, Create History-


Saturday, October 2, 2010

~~Marathon Si Pencinta Pancing~~


Demam MJ- Makan ingt MJ, tido mimpi MJ, mandi terbayang MJ, buka FB nmpak MJ.. NAK MJ!!!

Petikan kat atas tu diambil direct daripada shoutout kat FB aku. Betul2 aku kna demam MJ this week. Semuanya berpunca daripada beberapa strike yang "tak boleh kontrol" time mancing kerapu minggu lalu. Punya la susah nak dapat MJ kat sini. Casting sampai lebam tangan pun dia xnak layan gewang aku. Nak pakai lifebait lak xde jual kat sni. Haii... cabaran.. cabaran.. So, berikut merupakan "fishing marathon" yang aku lalui untuk dapatkan MJ.


Hari pertama: 25/10/2010-Bagang Asri

Harapan untuk dapatkan MJ kat bagang mmg sangat tipis setipis kulit bawang yang nipis, tapi kami semua tak ambik pot pun... tetap jugak degil mancing..













Ikan merah pucat dari bro zulu, Ikan arut (wajib dapat) dan juga Ikan Sebelah dari aku. Best jugak ikan sebelah ni. Tarik punya la kuat, tapi bila dah naik, dapat sebelah je. Syukur, ada jugak spesis baru dalam koleksi trofi2 mancing aku.

Baby GT pun ada gak.. LAYAN!!






Layan Sunrise sebelum berangkat pulang... Subhanallah...







Hari kedua: 26/10/2010-Jeti Indrasabah

Pulang je dari Bagang trus siapkan diri untuk sesi mancing seterusnya dengan Bro Ghirly dari blog Gang Pancing Tawau. Jemputan memancing yang telah diatur pada 2hari lepas mesti dilunaskan. BEST!!! Sebab ada sesi picnik jugak. Puas kami makan2. Bertambah sorang lagi kenalan mancing iaitu bro zamri dari Semporna. Harap2 nnt dapat mancing sama2 lagi. You all mmg sporting. Tapi.. Jeles pulak tengok bro ghirly dan bro zamri beriadah dengan kluarga. Kluarga kita jauh...

Ghirly dan Zamri layan casting.. Gambar ikhsan drpd laman www.gangpancingtawau.blogspot.com

Aku dan bro afiq pun casting jugak, tapi hampeh... langsung tiada sambaran. Last2 aku ikat mata kail, letak batu ladung then pasang umpan isi ikan untuk bottom.

Secara tiba2 pengganti Rod Rapala Sportman Classic ke2 aku dapat tarikan ganas...

MJ!! MJ!! MJ!!

Punya la aku hepi time tu. dapat jugak ikan yg aku nak... Alhamdulillah...



Hari ketiga: 27/10/2010- Ladang Sawit Indrasabah


Oleh kerana dendam terhadap MJ dah terbalas, so hari ni ambil keputusan untuk layan haruan je. Tapi... KUMPOW!!






Operasi menyelamatkan gewang










Hari keempat: 28/10/2010- Jeti Indrasabah


Semalam aku tak dapat tido dengan tenang. Terbayang2 pulak MJ yang lebih monster. haha.. so keputusan diambil untuk memujuk MJ monster malam ni. Tapi.. langit tak slalunya cerah.. paha yang dicari, betis pula yang dapat..






Sembilang bersaiz betis pada hari ke-4









Hari kelima: 29/10/2010- Jeti Indrasabah


KUMPOW!!!


Hari keenam: 30/10/2010- Jeti Indrasabah

Malam ni mesti ada MJ yang tumpas!!! Tekad aku dalam hati sebelum kluar mancing... Mana tahan beb, 4hari dah cari MJ, baru dapat sekor. Itupun bukan MJ monster... (ini sebenarnya ayat org yang xtau bersyukur-Sila jadikan teladan)

Baru je labuh umpan, joran baru(slow action) aku dah mengena mangsa. Fuhhh!! melentur habis beb! Sah MJ monster yang sambar kali nih!

Ada la sikit iras2 MJ monster kalau tengok dari pandangan atas. Kuang2...

Syukur... Dapat jugak monster.. tapi bukan MJ monster, cuma Kerapu Monster je. Mmmmm... Jadilah... Mungkin ini petanda yang aku mmg harus belajar bersyukur dengan pemberian dari Allah S.W.T. Biarlah kerapu ni yang jadi penutup untuk siri marathon si pencinta pancing pada kali ini...


2 PETUA PANCING TERBAEK:
  1. Sabar
  2. Syukur
Related Posts with Thumbnails