^sila klik^

Saturday, October 23, 2010

::: Kerapu Dragon 20.10.2010 :::

Tanggal 20.10.2010 menjelma... Susah hati aku dibuatnya... Tarikh yang sama aku perlu mengikuti Kursus Pergigian di IPG Kampus Tawau, anjuran bersama IPG dan Kementerian Kesihatan. "Melepas la peluang untuk aku mengabdikan kenangan bersama thophy lautan di tarikh yang cukup unik ini" bentak hatiku... Dah la tarikh 10.10.2010 yang lepas aku kumpau abis. kali ni aku mesti cari ruang jugak untuk trun mancing. x kira!! Syukur dengan kehendak ilahi, kursus pergigian tu tamat lebih awal (Awal x awal la sgt, petang la jgk bru aku dapat turun). kira-kira jam 6, aku dan syam selamat sampai ke port kerapu di Kg Indrasabah. Tanpa membuang masa, pencarian memburu trofi 20.10.2010 bermula..


Nahhhh!!! First blood coming...

First Catch! Kerapu 20.10.2010

Yehyeh2... macam anak2 kecik aku bersorak girang dengan tangkapan yang pertama ni. Ada la dalam setengah jam aku senyum terus je. hahaha... tapi senyuman tu xlama, sebab kami membangau je 1 jam selepas 1st catch tu. hampeh...

tiba-tiba... aku dapat strike yg agak kuat. tapi lucut... hampeh lagi....

Pastu dapat lagi strike yg mcm tadi, kali ni mesti naik. Cikgu aku dulu pernah pesan, jangan sampai pisang berbuah 2 kali. Oleh kerana aku ni seorang yg mengikut cakap cikgu, aku cuba kontrol mainan ikan ni betul2. supaya x lucut lagi. Akhirnya....

Second catch of the day!!!

Kali ni aku dah xdapat nak senyum lama2. Sebabnya lepas aku labuhkan umpan semula, terus dapat strike lagi. Lagi kasar!!! Kontrol beb, kontrol... Dengan penuh macho aku layan permainan bakal mangsa aku yg ketiga ni. Degil... Aku karau tali, dia tarik balik. Mau x mau, aku terpaksa kunci habis drag sebab port kerapu aku nih byk giler tiang kat bawah, boleh berputih mata aku nnt... Tawakal sajalah... Bak kata orang tua2, kalau sudah jodoh tak kemana..


3rd catch-Kerapu Dragon 20102010!!!


Trophy kali ni sy tujukan kepada my parent, kekasih hati, kawan2 dan juga semua peminat yang tidak jemu menyokong kegilaan aku ni.hahaha!!! Mcm menang award lak aku rasa, tapi mmg mcm tu la aku rasa bro. Puas! Hepi! Climax!!! Syukur... mmg ada rezeki aku di hari bersejarah ni.



















Jam baru menunjukkan 8.30 mlm. La... baru 2 jam lebih kami mancing. Cukup la.. Ayah aku pernah pesan, "jangan tamak2 anchik", dan kata2 tu aku pegang sampai hari ni. InsyaAllah akan aku amalkan sampai bila2. Dari port mancing tu, kami terus bergerak ke rumah sewa aku dlu. Kenduri kerapu dengan kwn2 di Kg Kongsi 10. Kerapu masak sup + kerapu 3 rasa. Bro Sham, Sam, Bali, Lel, Bonto, Lepek, Wawang dll, U all mmg sempoi!!! Hingga berjumpa lagi...


-20.10.2010-
-Carry Rod, Create History-


2 comments:

  1. wah2...gud job hubby...insyaAllah..murah lagi rezeki abg....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails