
Dunia memancing mempunyai skop yang sangat meluas dengan taburan padang pancing yang pelbagai seperti
lautan biru, sungai pergunungan, tali air, kolam, tasik, lombong, parit dan banyak lagi kawasan takungan air yang mampu memberikan seribu kegembiraan kepada para pencinta pancing. Tidak keterlaluan jika dikatakan hampir semua jenis hidupan akuatik dapat dipancing. Bermula daripada
spesis-spesis ikan yang pelbagai,
sotong, ketam, labi-labi hinggalah
udang juga bisa dipancing.
Entri pada kali ini akan membincangkan kegilaan memancing udang galah yang sering menjadi perbualan ramai khasnya para penggemar pancingan air tawar. Udang galah yang mendapat jolokan sebagai
"Jenggo" dan
"Jerangkung" ini sememangnya mampu memikat pemancing supaya terus setia menunggu tarikannya di hujung joran. Namun untuk mendapatkan jenggo bukanlah semudah yang difikirkan, apatah lagi sekiranya hanya memancing dari tebing sungai yang sentiasa keruh airnya akibat daripada aktiviti
Mencuri Pasir secara haram....

Terdapat pelbagai umpan yang mampu menarik selera Sang Perayap Dasar ini, Antara umpan yang biasa digunakan adalah cacing tanah, perumpun, udang kecil, ikan kecil dan terdapat juga pemancing yang kreatif menggunakan umpan exotik seperti hati ayam, jantung ayam, usus ayam dan macam2 lagi. Aku dan member2 lebih selesa menggunakan perumpun nipah sahaja...

Kebiasaannya aku dan geng2 tegar gemar memancing si jenggo ini pada waktu malam. Haiwan yang bersifat noctural ini sememangnya lebih galak memakan pancing apabila malam menjelma. Galak tu galak jugak bro, tapi keselamatan perlu sentiasa diutamakan. So sesi pancingan Jenggo pada waktu malam ini biasanya akan diadakan secara
'berjemaah'. Lagi ramai lagi best sebab boleh bertukar2 fikiran dan disulami sesi mengaumpat.kehkeh..

Sesi mengumpat seakan terhenti seketika sekiranya ada rakan yang menerima henjutan daripada
Sang Galah bersaiz XL. Pertarungan biasanya akan ditemani dengan kata2 semangat daripada member2. Berpeluh-peluh jugak melayan
"Gear Reverse" Sang Galah ni dengan hanya menggunakan Ultra Light Set. Kegembiraan yang dikecapi setelah berjaya menaikkan Jenggo XL sukar diucap dengan kata2. Mesti rasa sendiri~~
Tapi sekarang ni dah susah nak dapatkan Udang Galah XL... Kadang2
4jam mancing cuma dapat sekor je... Sungai kita dah banyak tercemar... Lebih parah apabila banyak kegiatan mencuri pasir sungai secara haram semakin berleluasa. Air 24jam jadi keruh... Mcm mna la Udang Galah ni nak membiak dengan produktif??? Kita pun kalau hari2 sedut asap jerebu boleh jadi mereng... Mmmm...
3 , 4 kali aku turun mancing baru leh dapat hasil banyak ni. Tapi syukur dengan pemberian Ilahi. Ada gak lauk utk santapan keluarga. Tapi macan sayang pulak nak "sembelih" udang2 ni bila tgk diorg bersuka ria dalam akuarium aku. Hahaha...

Nasib la
Cinta Hati aku ni pun suka makan udang galah jugak.
So.....
Mee Udang Galah Special la jawapnya. Hahaha...

Semoga semua pihak akan turut serta untuk memelihara dan memulihara ekosistem sungai di negara kita. Kita perlu bantu
"Mereka" untuk bantu diri kita...
CINTAILAH SUNGAI KITA
dan pesanan peribadi daripada PencintaPancing~~~
HENTIKAN PENCEMARAN AIR!!!
STOP WATER POLLUTION!!!