Salam... 'ikan kuku' mungkin jarang didengari oleh umum, malah ada juga kaki pancing yang tidak mengenali spesis ini. Ini kerana jarang untuk kita (warga pancing) menjadikan ikan ini sebagai satu-satunya spesis buruan utama dalam trip memancing kita.
Trip pemburuan kakas pertama... (Blajar teknik pancing kakas )
Trip pemburuan kakas kedua... (bersama Baie)

Trip pemburuan kakas ketiga... (Mama Kakas )
Lokasi memancing adalah bersebelahan Highway Bandar Tawau. dalam bandar pun ada ikan kuku besar??? inilah untungnya negeri sabah ini, masih kaya dengan khazanah lautan. Semoga terus dipelihara....
SAVE THE NATURE! STOP WATER POLLUTION!
Ahli-ahli trip- Zulu, Lel, sam, zaidy
Hasil tunggal malam ni. Satu-satunya ikan yang tumpas @ menyerah diri. Syukur...
...............................................
Penantian yang agak menguji kesabaran. Ada yang tertidur, berangan, baca mantera. Akhirnya ada juga penghuni sungai yang sudi menyapa umpan kami. Tapi.... bukan buruan utama yang kami dapat, ikan sembilang la pulak...
Target utama muncul jua. Itupun puas baca jampi, baru ikan kakas ni nak timbul.
Rezeki kurniaan Allah, 2 ekor kakas dapat berturut2.
Ada jugak rezeki untuk esok..

Hasil keseluruhan, 2 ekor kakas. Untuk makluman para sahabat, saya hanyalah menggunakan koyan sahaja untuk menumpaskan ikan2 kakas di sini. Terpaksa... ini disebabkan ikan kakas ini hanya boleh dipancing di kawasan jeti@batu@tiang2. Tapi mainline yang hendak digunakan perlulah berkekuatan 40 lb keatas. Bukan apa, ikan ni memang agak kuat. 1st run ikan ni boleh tahan gak, pastu kompom dia akan menyisip di kawasan berhalangan. So... penggunaan koyan adalah digalakkan untuk menumpaskan spesies ini.

Ikan Kakas Masak Stim Limau
~RESEPI~
Bahan-Bahan:
Seekor ikan kuku @ kakas ( sederhana besar )
Bahan A :
1 labu Bawang merah ( dimayang halus )
Bawang putih 3-4 ulas ( diketuk )
Halia 1.5 cm ( dihiris )
Serai 4 batang ( diketuk )
Bahan B :
2 sudu air asam jawa
Sesudu kicap sotong @ sos ikan
Sesudu sos tiram
Serbuk perasa
Daun limau purut
Cili padi
1 labu Bawang Bear ( dipotong bulat )
Cara:
1. Bersihkan ikan. panaskan minyak dan tumiskan semua bahan A.
2. Bila agak wangi masukkan sedikit air dan juga bahan B
3. Masukkan serbuk perasa. akhir sekali masukkan ikan dan daun limau purut serta cili padi.
.................................