^sila klik^

Tuesday, July 27, 2010

ikan kuku @ ikan kakas


Salam... 'ikan kuku' mungkin jarang didengari oleh umum, malah ada juga kaki pancing yang tidak mengenali spesis ini. Ini kerana jarang untuk kita (warga pancing) menjadikan ikan ini sebagai satu-satunya spesis buruan utama dalam trip memancing kita.


Selain dikenali sebagai ikan kuku, spesis ini juga dikenali sebagai ikan kakas di sabah. Alhamdulilah, saya beruntung kerana ada otai yang sudi mengajar saya teknik untuk memburu spesis "rare" ini.

Trip pemburuan kakas pertama... (Blajar teknik pancing kakas )

Ikan kakas pertama dan kedua dalam diari pancing saya. Banyak2 terima kasih diucapkan kepada sifu2 dari inderasabah yang sudi mengajar teknik memburu ikan kakas @ ikan kuku ini. Tunjuk ajarku sifu....

2 ekor sebagai salam pegenalan. Kompom repeat!
.................................

Trip pemburuan kakas kedua... (bersama Baie)

Lesen pertama oleh saya dalam trip ini

Baie(adik) yang sanggup datang dari kedah ke sabah semata-mata untuk merasa karan memancing di negeri bawah bayu ini.

Kepuasan yang nyata! jumpa lagi...
...............................................

Trip pemburuan kakas ketiga... (Mama Kakas )



Mama Kakas!
Lokasi memancing adalah bersebelahan Highway Bandar Tawau. dalam bandar pun ada ikan kuku besar??? inilah untungnya negeri sabah ini, masih kaya dengan khazanah lautan. Semoga terus dipelihara....

SAVE THE NATURE! STOP WATER POLLUTION!

Ikan kakas terbesar setakat ini (2kg lebih). Syukur dengan rezeki kurniaan Nya. Amin

Sekor pun dah cukup untuk orang bujang macam kami ni. Ikan kakas masak kari tanpa santan = MELETOP! Antara menu feberet kami.

Born Appetite
......................................


Trip pemburuan kakas ke4... (Trip Housemate)


Ahli-ahli trip- Zulu, Lel, sam, zaidy Hasil tunggal malam ni. Satu-satunya ikan yang tumpas @ menyerah diri. Syukur...

...............................................

Trip ke-5 (Ikan Kuku Masak Stim)







Bali dan Jongkong






































Penantian yang agak menguji kesabaran. Ada yang tertidur, berangan, baca mantera. Akhirnya ada juga penghuni sungai yang sudi menyapa umpan kami. Tapi.... bukan buruan utama yang kami dapat, ikan sembilang la pulak...


Target utama muncul jua. Itupun puas baca jampi, baru ikan kakas ni nak timbul.


Rezeki kurniaan Allah, 2 ekor kakas dapat berturut2.
Ada jugak rezeki untuk esok..




Hasil keseluruhan, 2 ekor kakas. Untuk makluman para sahabat, saya hanyalah menggunakan koyan sahaja untuk menumpaskan ikan2 kakas di sini. Terpaksa... ini disebabkan ikan kakas ini hanya boleh dipancing di kawasan jeti@batu@tiang2. Tapi mainline yang hendak digunakan perlulah berkekuatan 40 lb keatas. Bukan apa, ikan ni memang agak kuat. 1st run ikan ni boleh tahan gak, pastu kompom dia akan menyisip di kawasan berhalangan. So... penggunaan koyan adalah digalakkan untuk menumpaskan spesies ini.



Ikan Kakas Masak Stim Limau


~RESEPI~

Bahan-Bahan:
Seekor ikan kuku @ kakas ( sederhana besar )

Bahan A :
1 labu Bawang merah ( dimayang halus )
Bawang putih 3-4 ulas ( diketuk )
Halia 1.5 cm ( dihiris )
Serai 4 batang ( diketuk )

Bahan B :
2 sudu air asam jawa
Sesudu kicap sotong @ sos ikan
Sesudu sos tiram
Serbuk perasa
Daun limau purut
Cili padi
1 labu Bawang Bear ( dipotong bulat )

Cara:
1. Bersihkan ikan. panaskan minyak dan tumiskan semua bahan A.
2. Bila agak wangi masukkan sedikit air dan juga bahan B
3. Masukkan serbuk perasa. akhir sekali masukkan ikan dan daun limau purut serta cili padi.

.................................

10 comments:

  1. salam pancing bro.... link done

    ReplyDelete
  2. pakai umpan apa bro..bagi lah tip siit bro mcm mana nak pancing ikan kakas ni..

    ReplyDelete
  3. umpan rahsia ni bro. pakai usus ayam fresh. xramai yg tau umpan ni. khusus untuk ikan kakas. mancing lak time air besar. waktu surut habis. insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. ui na ikan bream,kakas,kuku di Sabah... Bro, buli piara ka ni ?

    ReplyDelete
  5. askum abg2x..klu nk pncing ikan kuku mai kt terengganu n.. lgi bnyak ikan kuku@kakas..hahha..stakat umpan 2..kacang jer laa...hihihi..prnah ary 2 ak prnah wt naek ikan kuku 4ekor skali...best gile tau..mai r cni klu ad brani..

    ReplyDelete
  6. umpan febret die nie guna ketam angin, selain itu boleh guna roti gardenia, ayam kfc, kulit ayam digoreng separuh, roti canai cicah susu pekat...tp paling disuke ialah ketam angin... kalu belah perutnya mmg bnyk kt dlm ketam angin

    ReplyDelete
  7. Aku baru pindah di tawau mancing di highway (orang tawau tau la mana tempat ni :) ) first time mancing dapat 2 kor semilang. 2nd time dapat ikan kuku ni (jumpa blog ni pun sebab tercari2 apa nama ikannya). Untuk lihat gambar ikan sila tengok sini http://bcs.my/ikan.jpg tarikan memang sangat kuat!

    ReplyDelete
  8. Sebelah highway kat area mana tu bro, gua baru sampai tawau ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails