^sila klik^

Thursday, August 5, 2010

BAGANG INDRASABAH

Bagang adalah salah satu pemandangan yang biasa dijumpai jika kita berkunjung ke perkampungan Indrasabah di Tawau, Sabah.Bagi rakan-rakan pancing di negeri sabah ini, Bagang merupakan nama yang biasa didengari dan kebiasaannya menjanjikan hasil yang agak memberangsangkan setiap kali trip memancing berlangsung. Bagi saya pula, bagang adalah spot memancing yang berpotensi tinggi untuk diaplikasikan pelbagai teknik memancing dan wajar dipromosikan sebagai salah satu tarikan pelancongan ke negeri sabah.


Sepanjang berada di Tawau ini, kebanyakan masa memancing saya banyak dihabiskan di spot yang menarik ini. Ratusan bagang seumpama gugusan perairan emas ini sudi menerima kunjungan daripada peminat-peminat pancing dari segenap sudut tanah air. Namun, kekurangan promosi dan publisiti menyebabkan bagang/perairan inderasabah ini hanya mampu menarik minat pemancing tempatan sahaja.


Bagang yang mempunyai struktur binaan seperti kelong ini digunakan sebagai alat untuk menangkap ikan bilis dengan menggunakan pukat besar dan lampu/spotlight sahaja.


Perjalanan untuk memancing di bagang biasanya bermula di Jeti Kg Indrasabah dengan menaiki bot atau jongkong(panggilan tempatan). Berdasarkan pengalaman memancing di sini, di jeti ini juga mampu memberikan hasil yang agak menarik dengan kepelbagaian spesis ikan seperti ikan GT, Mayong, Gemang, Jenahak, Siakap, Siakap Merah, kuku, dan juga spesis pari.


"Sudik" merupakan orang yang paling penting sekiranya saya datang memancing di sini. Beliau merupakan tuan bagang, boatman dan juga merangkap guru memancing saya di perairan Indrasabah.


Tidak seperti memancing di tempat-tempat lain, umpan tidak menjadi masalah sekiranya memancing disini. Umpan segar seperti sotong, bilis, tamban dan ikan kembung boleh diambil apabila pukat yang dipasang untuk memukat ikan bilis telah dinaikan.


Keistimewaan memancing di bagang adalah kita dapat melihat sunset dan sunrise sambil memancing. Ini disebabkan masa memancing yang agak lama. Pasti menjanjikan pengalaman yang menarik kepada yang pernah bertandang!



Sekiranya kita bertuah kawasan bagang yang kita memancing akan menerima kunjungan tetamu daripada spesis yang unik ini. Yu Paus!





Berikut adalah antara hasil-hasil keseluruhan trip-trip memancing saya di bagang. Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan....




Untuk maklumat lanjut tentang bagang, sila lihat video daripada Majalah 3 di link ini --->



http://www.facebook.com/home.php?#!/video/video.php?v=124542010903458




-BAGANG THE FISHFARM-



4 comments:

  1. bertuahnya hang.. lama dah aku kat Sabah, cuma berpeluang sekali je ke bagang

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah.. ada hikmah saya di balung ni. lepas ni mungkin ada lagi post yg akan saya buat. berkaitan spesis2 d bagang. nantikanlah..

    ReplyDelete
  3. Ada tak nombor telefon yang boleh dihubungi jika ingin memancing di bagang Inderasabah?

    ReplyDelete
  4. No.yng bleh di hubungi utk trip ke bagang

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails