IKAN ARUT? AGUHUT? KULI BALAI?
Mungkin nama2 ikan seperti yang disebutkan diatas terlalu asing bagi sahabat-sahabat pancing yang berada disekitar semenanjung Malaysia. Namun itulah nama tempatan bagi spesis ini di kepulauan borneo khususnya di negeri Sabah. Ikan yang secara umumnya kita kenali sebagai ikan gerut-gerut ini sudah menjadi kelaziman @ tangkapan wajip kepada krew memancing kami sekiranya bertandang ke kawasan perairan bagang.
Diet/umpan utama untuk memikat ikan arut bagang adalah sotong segar. Kebiasaannya umpan sotong yang digunakan hanyalah bersaiz ibu jari sahaja yang dipadankan dengan mata kail 2/0 dari jenis Chinu atau Octopus. Perambut yang biasa saya gunakan ialah perambut mata tunggal dengan leader berkekuatan 50lb. Panjang tali perambut pula haruslah sekurang-kurangnya 1 hasta untuk menggoda sang Arut bagak.
Baie bersama lesen Arut pertamanya. First time datang memancing di Sabah, terus jatuh cinta dengan bagang. Next trip will coming soon..
Lel @ Pasalel yang merupakan pemancing muda tegar. Teruskan usaha Bro!
Lepek juga dengan tangkapan arut pertamanya. Nice Catch!
Cikgu Zulu, rakan pancing yang setia dan turut sama meminati kegilaan ini. U are the best!
Saiful da Angler! Rakan pancing yang kini menetap di Sandakan, Sabah. Hingga bertemu lagi...
Bali selaku Ketua Pemuda Kampung Kongsi 10 juga berjaya mendaratkan ikan arut.
Tips: Arut biasanya aktif menjamah umpan pada waktu pertukaran air (air mula pasang @ surut)
Rezeki kurniaan tuhan ini lebih nikmat sekiranya dapat dikongsi dengan rakan-rakan seperjuangan
-BORN2FISH-
Perkongsian pengalaman memancing ikan Arut di bagang indrasabah. komen dan pandangan amatlah dialu-alukan..
ReplyDeletegud luck abg..teruskn mencurahkan segala pandangan dan cetusan idea kepada rakan-rakan yg lain sebagai rujukan dan perkongsian ilmu yg ada.
ReplyDeleteDikyan- terima kasih..
ReplyDeletewew, gede-gede ikannya
ReplyDeletemau donkkk
NDR- biasa biasa sja ini.. terima kasih sudi melawat..
ReplyDeletekalau kat pantai timur pun ada gak,.....
ReplyDeletetp xpernah la dpt besar dari tapak tangan...