^sila klik^

Wednesday, August 18, 2010

Jeti Indrasabah the Magikal


"Bagi kebanyakkan Kaki Pancing, hujung minggu adalah masa terbaik dan dinanti-nantikan untuk melepaskan rindu terhadap layanan mesra penghuni-penghuni perairan kita"<<<--- Ini adalah statement yang biasa kita dengar... Tapi kenapa mesti hujung minggu sahaja??? Hari biasa tak boleh ke?? Jangan salah faham kawan, hari biasa pun boleh... tapi hanyalah trip memancing yang ringan ringan sahaja. Sebabnya, untuk memancing di tempat2 yang special dan dihuni oleh ikan2 istimewa, banyak perancangan diperlukan. Kena fikir pasal bot la, umpan lah, masa, jarak, ongkos dan seribu 1 lagi punca yang menyebabkan kita tak dapat memancing dengan puas pada hari-hari biasa.



Namun adalah menjadi bonus sekiranya di sekitar tempat kita tinggal terdapat port2 memancing yang Magikal. Magikal kerana jarak yang dekat, umpan senang, port selesa dan yang paling penting terdapat banyak spesis-spesis ikan yang menarik. Antaranya..






















Jeti Kampung Indrasabah adalah antara port memancing magikal yang pernah saya jumpai di kawasan Tawau ini. Malah, post saya yang pertama di ruangan blog PENCINTA PANCING yang bejudul
ikan kuku @ ikan kakas juga bertempat di jeti bertuah ini.










Selain daripada ikan-ikan diatas, Jeti Magikal ini jugak banyak dihuni ikan gelama dan ikan duri sepertimana jeti2 di tempat lain. Namun apa yang menarik adalah, kawasan tumpuan ikan gelama ini turut dikongsi bersama ikan-ikan "Personal Rekod", (untuk kategori pinggir sungai jelah)







Ikan Mayong yang membuatkan aku tak jemu2 berkunjung disini. Lariannya yang padu dan bertenaga sangat BEST dilayan dengan set ringan. Tali utama 15lbs jer bro... Gigil habis!!












Bapak Gemang oleh bro saiful...











Ikan Arut yang femes di bagang pun ada kat sini...









"Kerapu Table Size" - Agak mudah didapati disini. Yang penting sesuai dengan persembahan umpan untuk memikat kerapu (umpan mesti besar)






Alangkah indahnya jika semua jeti2 dan pinggir2 sungai di negara kita mempunyai kepelbagaian spesis seperti ini.


-Tenangkan Fikiran, Pegang Joran & Happy Fishing-


3 comments:

Related Posts with Thumbnails