^sila klik^

Friday, August 6, 2010

Pari Pari D' Bagang


Salam Pancing...



Sepanjang memancing di sekitar bagang, tarikan daripada spesis Pari adalah sangat didambakan oleh saya dan rakan2. Ikan pari yang memang terkenal dengan larian tanpa henti ketika "1st run" memang banyak menguji skill memancing kami apatah lagi apabila terpaksa bertarung dengannya dari atas pelantar bagang yang agak tinggi. Ikan yang juga mendapat gelaran 'kereta kebal' ini mampu membangkitkan keghairahan pemancing dengan keasyikan bunyi drag tanpa henti apabila mengena set pancing.




Target utama yang selalu menjadi penyeri sewaktu memancing di kawasan bagang indrasabah. Saiz tidak menjadi ukuran, apa yang lebih penting adalah kejayaan dalam menundukkan spesis 'Kereta Kebal' ini. Kepuasan Maksimum!





Target dah dapat, Mancing pun dah puas. Jadi apa kita nak buat dengan ikan bersayap ni???


PARI BAKAR LA!! - Adalah jawapan terbaik bagi persoalan diatas.



-HAPPY FISHING-


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails