^sila klik^

Tuesday, August 24, 2010

SI MERAH RAMADHAN




Ikan Merah merupakan antara tangkapan eklusif di bagang. Spesis ikan gred A yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran ini telah berjaya saya tawan dalam trip memancing baru2 ini. Alhamdulillah.. Saya dan team berjaya menggoda 3 ekor ikan merah besaiz sedap dimakan..




Perjalanan menuju ke bagang dengan menaiki jongkong. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam lebih ini agak menyeksakan dengan terik matahari yang memancar lebih2 lagi di bulan puasa ini. Sabar sajalah...




Sampai je Bagang yang dituju, puluhan tiang bagang menunggu dengan Senyuman Manja. Yelah... Kompom tiang tu dipeluk untuk memanjat naik ke atas bagang. Ini bukan rumah.. so tiada tangga disediakan. Terpaksalah...













Sesi memancing terus dimulakan sebaik sahaja berjaya menjejakkan kaki di atas bagang.




First catch oleh bro Hendri... Seperti yang pernah saya nyatakan dalam post FISHFARM @ BAGANG VARIETY sebelum ini, ikan2 yang dapat dipancing pada waktu siang adalah agak kecil berbanding malam. Sesuai dijadikan sesi warming up...






Aik... Dah malam tapi kenapa ikan kecil lagi yg naik ni? Biasa la bro.. yang penting ada hasil.. Bersyukur dengan rezek kurniaan Allah S.W.T...







Nanana.... Kan dah ada Monster yang sudi.. Ada juga lauk untuk berbuka esok



Pembahagian Hasil Tangkapan



-PANJANG UMUR PANCING LAGI-



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails