^sila klik^

Wednesday, January 12, 2011

Channa Lubuk Kapal Korek

Orang tua2 cakap isi ikan haruan ni baik untuk menyembuhkan luka-luka.... So atas alasan inilah aku "terpaksa" bersusah payah untuk memburu spesis ikan kepala ular ini pada musim cuti sekolah yg lalu untuk Iwan. Nasib baik la anak buah aku si Iwan tu mmg suka mkn ikan darat nih, so xde masalah langsung dia makan sup haruan yang nenek dia buat spesial untuknya. Kenapa lak spesial untuk dia??? sebab dia dah melangkah ke alam dewasa... Tahniah Iwan!!! Berkat sup ikan haruan haruan nie luka akibat dia berkhatan dah sembuh sepenuhnya.

Terkenang kembali saat aku berkhatan dulu, ayah aku yang susah payah cari ikan haruan di merata tempat. Sangat2 nostalgia...Nasib la daddy aku tu pun otai casting haruan. kini tugas tu beralih kepada aku dan adik aku, Baie... Namun misi pemburuan ikan haruan ni bukan semudah yang disangkakan. Habis semua sawah padi dan tali air kami terjah, tapi yang dapat hanyalah si curut je. Sehinggalah member baik aku (yasin) yg juga kaki casting mendedahkan satu port rahsia yang dirajai banyak Snakehead Monster!









First Catch di Lubuk Kapal Korek. Waduh... saiz yang bisa menggegarkan jiwa pemancing nih!~Syukur2...
















Cikgu Yasin bersama hasil.. Mamat ni la yang aku berterima kasih sangat tuh.. sebab dia sudi kongsi port haruan mega nih. TQVM my pren...










Trip pertama membuahkan hasil yang amat memberangsangkan membuatkan aku terus menerus me'repeat' lagi ke port tersebut. Antara hasil tangkapan yang sempat aku snap...





Dalam keasyikan melayan penghuni di kawasan ni, satu kecelakaan telah berlaku. Tangan adik aku terkena mata kail hingga menembusi isi sewaktu membuka mata pancing dari mulut ikan. Parah ni... Terpaksa pulang awal untuk mengubati kecederaan tu. Ikan dah tak pnting, yg pnting orang selamat. Luka tersebut perlu di operate dan dicuci. Syukur semuanya selamat. Amin...

Nampak cam ngeri je kan?


Tapi hampeh sungguh!! org risau kat dia, dia boleh bantai gelak lagi..
Ikan Penyebab. Dah selamat dimakan. Hutang darah mesti dibayar darah beb!hehe...

Aku ingatkan adik aku dah serik nak p port tu. tapi rupa2nya dia lagi ketagih nak ke sana. Awal2 pagi lagi dia dah ajak aku gerak. Mmmm... nak balas dendam la tu....

Alhamdulillah... Berjaya juga baie take revenge. Jeles lak aku tgk monster yg dia dpt tuh.. Aku pun terus la kasting dengan pulun untuk mendapatkan spesimen yang lebih gergasi. tapi nasib tak menyebelahi aku... lepas baie dapat, dia yang dapat lagi, pastu dia.... dan dia....





















Berdasarkan sambaran2 yang kami terima, dapat disimpulkan yang lubuk ni memang sangat2 berpotensi dan masih lagi mempunyai banyak spesimen Shakehead yang bersaiz gadang. Tapi keseronokan mengilat haruan harus diberhentikan dahulu untuk memberi peluang kepada Sang Perayap Dasar yang sedang menggila sekarang. Nantikan kemunculan Udang Galah pada episod yang akan datang...

(Hahaha- cam DVD pancing lak aku rasa intonasi aku nih.. hampeh!)


-Be Careful-

-Play Safe-


9 comments:

  1. bkn nmpk mcm ngeri pic 2 tp mmg ngeri...huhu

    ReplyDelete
  2. haha... biasa la tu adat mancing. kna lasak sikit...

    ReplyDelete
  3. bro... ko x pyh posting la.. memancing ja la terus.... hehe.. mantap tu hasil ko... XD

    ReplyDelete
  4. uih.. posting kna jgk bro. sbb nak kumpul duit beli speedboat.haha

    ReplyDelete
  5. wa... speedboat... mantap.. pastu amik bot besar lg, pg laut dalam.... tapau ikan yu, haha

    ReplyDelete
  6. tgn aku pon baru baik dari kecelakaan tecocok matakali, gara2 haruan..bahaya akalu pakai mata dua ni..

    ReplyDelete
  7. apa maksud Sang Perayap Dasar tu boss..newbie tak dapat tangkap maksudnya..huhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails