^sila klik^

Tuesday, January 11, 2011

Sensasi Mengilat Sang Channa


Kegilaan mengilat haruan bukanlah satu fenomena baru bagi peminat-peminat hobi memancing khasnya di negeri Kedah yang mendapat jolokan negeri jelapang padi. Sistem pengairan yang menjadi nadi bagi menyalurkan air ke seluruh negeri kedah begitu kaya dengan pelbagai hidupan akuatik khususnya ikan haruan ataupun nama saintifiknya Channa Striatus. Ikan yang bersifat pemangsa ini begitu digilai oleh golongan pemancing kerana daya juangnya yang perkasa terutamanya daripada spesimen yang bersaiz gadang.






Kawasan paya, sungai, parit, tali air, sawah padi, kolam atau lombong dengan mudahnya akan diterokai olah para pencinta haruan sekiranya dimaklumkan terdapatnya haruan monster di satu2 kawasan tersebut. Aku, Baie dan geng2 keras yang lain selalunya tidak akan melespaskan peluang mencuba nasib. Namun... Sang curutlah yang biasanya banyak tertarik dengan persembahan umpan kami.

















Memancing ikan haruan pada aku adalah sesuatu yang sentimental dan nostalgia. kerana dengan memancing ikan inilah aku mula mengenali dunia hanyir ini.
(back to 15 years ago)


Ada byk sebab kenapa aku jd ketagih mengilat haruan. Asal pulang ke kampung je, teknik pancingan ini yang akan aku lakukan dulu. Antara yang bestnya mengilat Sang Channa ni adalah disebabkan cinta hati aku pun suka follow gak. Untung la aku ada sbb ada kamera'lady' yang boleh amik pict aku dan hasil tangkapan. TQ to my sweetheart...


Menurut definasi daripada wikipedia, Snakeheads (Channidae) are a family of freshwater fish native to Africa and Asia. These predatory fish are distinguished by a long dorsal fin, large mouth and shiny teeth (http://en.wikipedia.org/wiki/Snakehead_fish). Ikan Toman merupakan salah satu spesis daripada keluarga Channidae ini. Pemburuan toman bermula apabila ada rakan yang meracun kami supaya terjah ke satu lubuk yang diceritakan kaya dengan toman2 bersaiz gadang.



Tapi rezeki tidak selalu menyebelahi si pencinta pancing.. Monster tak memunculkan diri, yang berjaya ditawan hanyalah sang curut. Curut pn curut lah. Syukur dengan rezeki pemberian Ilahi...


Namun yang pastinya Si Pencinta Pancing akan terus mencari dan menunggu.
Bersama yang sudi...



4 comments:

Related Posts with Thumbnails