^sila klik^

Showing posts with label yu cicak. Show all posts
Showing posts with label yu cicak. Show all posts

Saturday, August 7, 2010

FISHFARM @ BAGANG VARIETY



S
alam Pancing! Post ini adalah susulan daripada posts 'Pari Pari D Bagang" dan 'Ikan Arut @ Gerut-Gerut'



Bagang indrasabah juga seperti padang-padang pancing yang lain, dimana ikan-ikan bersaiz bagak kebanyakannya hanya memunculkan diri pada waktu malam. Berikut adalah sebahagian daripada trophy2 yang pernah saya perolehi disini pada waktu malam
selain daripada ikan pari dan gerut2.

Ikan kurau, yu, merah, ebek, kerapu dan juga sotong megabang adalah antara hasil yang biasa diperolehi.

Untuk mendapatkan trophy2 sebegini, persembahan umpan berbeza dan perambut yang berlainan adalah sesuatu yang perlu. Perlu RAJIN = Petua mudah di bagang, namun sukar untuk dilaksanakan termasuklah saya sendiri.



PENYERI MAJLIS=Kirong-Kirong, Telinga Gajah, Yu Cicak dan Mayong


Memancing di bagang pada waktu siang hari pula mempunyai keseronokannya yang tersendiri. Ini kerana lebih banyak kepelbagaian spesis dapat dipancing termasuklah ikan dari spesis karang.



Saiz ikan yang agak kecil pada waktu siang adalah perkara biasa kerana kami selalunya hanyalah memancing di bawah bagang dengan menggunakan umpan udang pasar. Tetapi ianya amat menyeronokkan kerana tarikan tanpa henti dari spesis2 yang berlainan dan berwarna warni. Namun, sekiranya mensasarkan target lebih besar, kita perlulah bersedia dengan umpan yang sesuai.








Ikan Putih @ GT dengan menggunakan live bait













Ikan Baji hasil casting bulu









Hidup ini terlalu singkat untuk disesali. Ketepikan dulu segala masalah, roger kawan-kawan, tenangkan fikiran sambil memancing!!! Mudah-mudahan segala masalah menjadi mudah! Amin....


-JOM MENGAIL-




Related Posts with Thumbnails