^sila klik^

Saturday, August 21, 2010

Memoir - Siakap Reba ^_^



SALAM PANCING... SALAM RAMADHAN...

Lagi 2 minggu dah nak cuti, alhamdulillah dapat lagi pulang beraya di Kedah pada tahun ni. Antara perkara utama yang selalu terlintas di fikiran adalah " Nak p mengai kat mna lagi kali ni... Nak target ikan apa lak??". Dulu-dulu bila pulang kampung je, hari2 cuti dapat la pergi mancing siakap kat sungai. Siakap reba je.. Slalunya adik aku la yang jadi peneman setia mancing siakap ni...




Adikku- Baie yang otai memujuk siakap reba. Salute u bro!








Kenangan memancing bersama ayah (sifu) dan arwah abangku yang sulung, Along (Doakan rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman..Al-Fatihah..)





Untuk makluman sahabat sekalian, siakap reba ni tak la bagak sangat. Saiz-saiznya just nice je... tapi keseronokan memancing bersama keluarga dan rakan-rakan tu yang sangat mengujakan. Saiz bukan ukuran, tapi apa yang penting adalah Pengalaman yang meninggalkan Kenangan..





















Tidak keterlaluan rasanya jika saya mengatakan Ikan Siakap merupakan antara GameFish yang menjadi kegilaan ramai peminatnya. Ini kerana aksi akrobatik yang dipamerkan oleh spesis ini ketika bertarung pasti membuatkan degupan jantung kita bertambah laju... sangat2 excited!!! Apatah lagi sekiranya bertarung dengan spesis yang agak monster, satu kepuasan yang nyata... Menjadi kenangan yang sangat berharga
...


Selain siakap, Ikan Bandang @ LadyFish merupakan penyeri bagi trip memancing siakap. Ikan yang mempunyai daya juang yang padu dan laju ini bagaikan bonus apabila berjaya dipancing. Semoga kemandirian spesis-spesis ini akan berkekalan di sungai @ muara kita.







Sehingga berjumpa lagi~~










-CARRY ROD & BE HAPPY-



3 comments:

  1. abg..kalau letak pict ikan kt jambatan pulau bunting tu..mesti cantik...ikan kerapu tu kn??

    ReplyDelete
  2. post ni agak sentimental dan ada nilai emosi.. dedikasi kepada arwah abg ku, marzuki bin omar ( doakan rohnya aman disana dan menjadi ahli syurga..amin)

    ReplyDelete
  3. amin...pengalaman dan kenangan bersama meninggalkn seribu kenangan yg penuh bermkna..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails